Thursday 31 March 2011

REFLEKSOLOGI

Refleksologi: Kenali Titik Refleksi Anda
-Anda pasti pernah mendengar tentang urut refleksologi, salah satu rawatan tradisional untuk menyembuhkan penyakit dengan mengurut titik refleksologi yang terdapat di sekitar tapak kaki pesakit. Cara perubatan ini berasal dari China dan telah diamalkan beribu tahun lamanya sebelum berkembang ke seluruh dunia.

-keistimewaan pengubatan secara urut refleksologi ini amat mudah dan selamat, kerana tidak memerlukan memakan sebarang ubatan, boleh dilakukan tidak kira usia tua, muda mahupun bayi, cuma rasa sakit sedikit akan terasa semasa proses urutan dilakukan. Rasa sakit itu tandanya ada yang tidak kena dengan kesihatan organ tubuh badan anda.

MAKSUD TITIK REFLEKSOLOGI
-Bermaksud ‘titik pusat urat saraf’. Setiap titik ada kaitan dengan organ tertentu dalam tubuh badan anda, dengan mengurut bahagian refleksi akan melancarkan perjalanan darah pesakit. Kaedah perubatan tradisional sukar dihuraikan secara ilmiah, walaupun ia terbukti berkesan merawat sesuatu penyakit.

Pentingnya Perjalanan Darah yang Lancar
-Untuk membolehkan badan kita berfungsi secara normal, setiap organ memerlukan darah kerana darahlah yang membawa zat makanan yang diperlukan oleh badan seperti oksigen, hormon, antibodi serta membawa keluar bahan buangan kotor(toksin) dalam badan. Lancarnya perjalanan darah maka makin sihatlah tubuh badan kita. Jika salah satu organ badan sakit, maka ia memerlukan perjalanan darah yang lancar untuk membantu menyembuhkan penyakit itu.

Tanda-tanda sakit semasa diurut.
-Seperti yang disebutkan tadi, jika perjalanan darah tidak lancar, organ tubuh akan terhalang dari mendapat zat makanan, manakala bahan buangan yang patut dikeluarkan tertahan-tahan maka kotoran/toksin itu mendap dalam saluran darah. Maka fungsi bahagian badan anda akan terganggu sebab tidak mempunyai darah dan zat makanan yang cukup, lalu timbullah berbagai penyakit.

-Biasanya orang yang sudah berada di tahap yang tinggi dalam bidang ini boleh mengetahui jika seseorang itu mempunyai sesuatu penyakit, dengan hanya memicit tapak kaki pesakit itu. Ini kerana titik refleksi yang sakit akan rasa seperti berpasir, maksudnya ada mendapan toksin dalam saluran darah. Jika anda merasa sakit ketika diurut, itu tandanya bahagian badan berkenaan ada penyakit. Urutan diperlukan untuk melancarkan perjalanan darah supaya darah terus membawa zat makanan manakala mendapan toksin dapat dikeluarkan.

Info yang perlu diketahui
-Urutan refleksi bukan sekadar di tapak kaki, tapi juga di bahagian atas tapak kaki, pergelangan kaki, sekitar buku lali dan sekitar betis.
-Digalakkan minum banyak air masak selepas sesi urutan agar toksin lebih mudah dibuang dari badan.

AINUR BLIND MASSAGES THERAPY

Pusat Ainur blind ditubuhkan bagi membantu orang-orang kurang upaya untuk menjana pendapatan seharian. Pusat ini di tubuhkan oleh EN.SHAH AIZAT & PN.NORHAYATI. Yang mana juga terdiri dari orang kurang upaya. Pekerja-pekerjanya terdiri dari orang-orang kurang upaya penglihatan terhad & blind. Antaranya ialah SUHAIDA, OOI CHIANG MEI, SAKANI & ABUL FARIS.

Sekirannya anda berminat untuk mendapatkan urutan refleksologi ini, anda boleh datang ke :
ADDRESS : NO.57-2, JALAN PJU 5/20E,
PUSAT PERDAGANGAN KOTA DAMANSARA PJU 5,
47810 PETALING JAYA, SELANGOR.
( DALAM GIANT KOTA DAMANSARA )

BAYARAN DIKENAKAN : REFLEKSOLOGI
½ JAM = RM25.00
1 JAM = RM35.00
BODY MASSAGES
1 JAM = RM45.00 (BODY SHJ)
2 JAM = RM80.00 (BODY &
REFLEKSOLOGI)